Monday 3 June 2013

Smart Medic 200 dilancarkan!

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim


Semua orang kata Kad Perubatan mereka adalah yang terbaik antara yang lain.Tetapi apa kelebihan yang ada padaSmart Medic 200-MAA Takaful yang membuatkan kami jatuh hati pada konsepnya.

Perlu diingat mana-mana kad perubatan merupakan bayar dan habis, hanya tujuan perlindungan perubatan, tiada simpanan atau pulangan pelaburan.Jika ada pakej takaful tersebut ,ianya telah dikombinasikan dengan pakej lain seperti simpanan, pelaburan atau pendidikan.

Dan kelebihan yang ada pada pakej MAA Smartmedic 200 adalah;

TIADA KO-TAKAFUL

Ko-Takaful bermaksud, pencarum perlu mendahulukan pembayaran bil 10% dari jumlah keseluruhan bil perubatan.Tetapi di SmartMedic 200-MAA TAKAFUL tidak ada konsep sebegitu.MAA Takaful Smart Medic200 menanggung 100% bil perubatan , dan pencarum tidak perlu mendahulukan sebarang bayaran bagi pencarum yang berumur 16 tahun ke atas.
 
Bagi kanak-kanak berumur 30 hari sehingga 15 tahun, kadar ko-takaful yang dikenakan ialah 10% daripada jumlah bil dengan kadar minima RM300 dan ko-takaful maksima RM1000.

KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)

Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic  200 mempunyai pilihan untuk diambil sama ada
i) stand alone (kad perubatan sahaja);atau
ii) kombinasi kad perubatan dengan mana-mana pelan takaful (takaful haji/pendidikan)

Saya sarankan pilihan stand alone sebab mana-mana pelan takaful dikombinasikan dengan pelan lain, sedikit sebanyak, jumlah pelaburan tadi akan ditarik oleh pakej kad perubatan (konsep bayar dan habis).

Apa-apa pun, pilih ikut kemampuan anda.

PEMBAHARUAN DIJAMIN

Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.

KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI

Dengan serendah RM50 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had seumur hidup TANPA HAD.

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN 

MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian bagi Smart Medic 200 Standalone.

JADUAL MANFAAT SMARMEDIC 200


Pelan Bayaran Tahunan Smart Medic 200- Stand Alone

Pelan Tahunan kombinasi SMART MEDIC 200 dan pelan takaful lain.

Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI, PENDIDIKAN, PERUBATAN boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com
MUZAFAR 019 9598199



No comments: