Sunday 13 September 2015

Al Fatihah Buat Jemaah Haji (Runtuhan Kren)

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim




Al-fatihah....

Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).

HIKMAH DISEBALIK RUNTUHAN KREN TERTIMPA JEMAAH HAJI
Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a'lam. Diantaranya :
1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ 
Ertinya: "Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi).
2. Meninggal kerana tertimpa runtuhan.
Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).
3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.
Dari Abu Hurairah R.A - Rasulullah SAW bersabda:
مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ
“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)
4. Meninggal ketika sedang beramal solih.
Hudzaifah r.a. menyampaikan sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk syurga.” (HR. Ahmad, sanadnya sahih).
Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.
Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun.. Taqobbalahumullah minas syuhadaa..
Innalillah Wa inna laihi Rooji'un

AL FATIHAH...

(Al-Habib Idrus Bin Abdullah al-Jufri)
Sumber: Media Sosial 
Dikongsikan bersama sebagai perkongsian syurga


Thursday 12 February 2015

Langkah Awal Untuk Pergi Haji

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim

Sumber : Tabung Haji

Thursday 5 June 2014

Dah Buat Umrah Pun, Boleh Buat Takaful Haji

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim


Sekarang ni semua berebut hendak buat umrah.Alhamdulilah, buat sahabat-sahabat semua yang sudah mengerjakan umrah, semoga amalan kamu sentiasa dirahmati dan diterima Allah swt.

Bagi yang berpeluang menjejak kaki untuk umrah buat kali kedua dan seterusnya, syukur diucapkan, kerana berpeluang diberikan nikmat sebegitu.


Untuk makluman sahabat semua, Takaful Haji MAA juga bukan sekadar untuk simpanan umrah semata-mata, tetapi  ia juga mempercepatkan simpanan untuk menunaikan haji. Cukup simpanan, dan dengan izin Allah swt, Dia akan mempermudahkan urusan kamu semua untuk menunaikan fardu haji, iaitu salah satu rukun Islam kita.

Alhamdulilah, pelanggan-pelanggan kami sentiasa dipesan begitu, malah ada yang menyimpan di MAA Takaful Haji, yang bercita-cita menghantar ibu bapa mereka ke Tanah Suci.

Antara kelebihan takaful Haji adalah seperti berikut;

Hibah, Khairat Kematian, Ziarah protection (takaful apabila ke Arab Saudi), Upah Haji (bagi mereka yang tidak berkesempatan), Pulangan pelaburan yang tinggi, dan tuntutan kemalanagan sehingga RM100,000.00.

Ada yang kata , umrah pertama adalah paling afdhal.Jika berkemampuan untuk buat umrah kali kedua, maka sebaiknya, ia lebih afdhal jika kita menaja umrah tersebut kepada orang lain.Kerana itulah pelaburan kita untuk di akhirat sana. Maklumlah kuota umrah dan haji makin diperketatkan.Tidak semua berpeluang untuk ke sana.


Biarkan rasa rindu untuk bertamu kali kedua di Mekah itu di hati itu lebih manis dengan qiamullail di malam hari.Sujud dengan taqwa , bukan sekadar sujud di dahi.

Jadi mari kita sama-sama menyimpan dengan kadar RM150.00 sebulan melalui potongan akaun simpanan selama 10 tahun dengan pelaburan yang tinggi.Sama-sama kita menyokong industri takaful yang semakin meningkat.

Maklumat yang lebih lanjut, ada di sini, tentang simpanan MAA Takaful Haji .Jika berminat untuk mencarum Takaful Haji bersama kami, boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda, sila bagi umur dan jantina  melalui whatapps/SMS- En Muzafar 019 9598199

Wallahualam.

Sunday 23 March 2014

Beautiful Kaabah

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim

Jom cuci mata tengok gambar Kaabah cantik-cantik, sambil tanam semangat dalam diri untuk sampai ke sana.Insha Allah!








Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com/cyfar_mmy@hotmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199


Monday 19 August 2013

Kewangan Pasca Raya!

Assalamualaikum
 
 
 
Selamat Hari Raya semua!
Selamat Berpuasa bagi mereka yang berpuasa enam.

Hmm..Raya tetap raya, maka bajet kewangan pun mesti ada yang lari kan.
Jadi, sama-sama lah kita rancang kewangan kita demi menjamin masa hadapan.
 
 
Masih belum terlambat untuk mencarum takaful HAJI, SMART MEDIC, EDUCATION  bersama-sama kami. Sebab ada pakar kewangan kata, bajet pasca raya adalah sangat penting sebab dari situlah kita boleh menyimpan dan merancang kewangan kita yang dah ke "kiri" dan ke "kanan".

 Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com/cyfar_mmy@hotmail.com
Whats app/SMS- En Muz 019 9598199