Thursday 5 June 2014

Dah Buat Umrah Pun, Boleh Buat Takaful Haji

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim


Sekarang ni semua berebut hendak buat umrah.Alhamdulilah, buat sahabat-sahabat semua yang sudah mengerjakan umrah, semoga amalan kamu sentiasa dirahmati dan diterima Allah swt.

Bagi yang berpeluang menjejak kaki untuk umrah buat kali kedua dan seterusnya, syukur diucapkan, kerana berpeluang diberikan nikmat sebegitu.


Untuk makluman sahabat semua, Takaful Haji MAA juga bukan sekadar untuk simpanan umrah semata-mata, tetapi  ia juga mempercepatkan simpanan untuk menunaikan haji. Cukup simpanan, dan dengan izin Allah swt, Dia akan mempermudahkan urusan kamu semua untuk menunaikan fardu haji, iaitu salah satu rukun Islam kita.

Alhamdulilah, pelanggan-pelanggan kami sentiasa dipesan begitu, malah ada yang menyimpan di MAA Takaful Haji, yang bercita-cita menghantar ibu bapa mereka ke Tanah Suci.

Antara kelebihan takaful Haji adalah seperti berikut;

Hibah, Khairat Kematian, Ziarah protection (takaful apabila ke Arab Saudi), Upah Haji (bagi mereka yang tidak berkesempatan), Pulangan pelaburan yang tinggi, dan tuntutan kemalanagan sehingga RM100,000.00.

Ada yang kata , umrah pertama adalah paling afdhal.Jika berkemampuan untuk buat umrah kali kedua, maka sebaiknya, ia lebih afdhal jika kita menaja umrah tersebut kepada orang lain.Kerana itulah pelaburan kita untuk di akhirat sana. Maklumlah kuota umrah dan haji makin diperketatkan.Tidak semua berpeluang untuk ke sana.


Biarkan rasa rindu untuk bertamu kali kedua di Mekah itu di hati itu lebih manis dengan qiamullail di malam hari.Sujud dengan taqwa , bukan sekadar sujud di dahi.

Jadi mari kita sama-sama menyimpan dengan kadar RM150.00 sebulan melalui potongan akaun simpanan selama 10 tahun dengan pelaburan yang tinggi.Sama-sama kita menyokong industri takaful yang semakin meningkat.

Maklumat yang lebih lanjut, ada di sini, tentang simpanan MAA Takaful Haji .Jika berminat untuk mencarum Takaful Haji bersama kami, boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda, sila bagi umur dan jantina  melalui whatapps/SMS- En Muzafar 019 9598199

Wallahualam.

No comments: