Tuesday 12 February 2013

Memberi Maklumat Yang Tepat

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim
Hari ini ada yang bertanya mengenai tuntutan takaful atas kematian arwah suami sahabatnya yang telah meninggal pada tahun 2010 akibat tirod.Isteri arwah masih ada enam anak-anak yang masih di bawah tanggunggannya. Si isteri tadi hanya bekerja kampung sahaja.

Hajat isteri tadi ingin menuntut takaful atas kematian arwah suaminya,Tetapi pihak takaful yang berkenaan menolak atas alasan maklumat penyakit yang dihidapi tidak didedahkan di dalam maklumat profail takaful ketika caruman awal, laporan perubatan dan siasatan.

Oleh yang demikian, pihak isteri tadi tidak memperoleh apa-apa tuntutan kematian atas kematian suaminya disebabkan ketiadaan maklumat tadi.

Diharap sesiapa sahaja yang mencarum takaful akan memberi maklumat yang tepat, selari bagi memudahkan urusan membuat tuntutan takaful.

Selamat mencarum.Menabunglah dari awal untuk kepentingan waris-waris kita.
Semoga segalanya dipermudahkan.

Jom mencarum TAKAFUL sebagai pelaburan anda.
Hubungi saya di email elfateh.inspiration@gmail.com untuk "quotation" anda.
:-)

No comments: