Monday, 13 May 2013

Datangnya Rejab

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim


Alhamdulilah, bertemu lagi dengan bulan Rejab.Semoga kita dapat melakukan amalan-amalan sunat pada bulan ini, sebagai latihan pra-Ramadhan.

Rejab juga adalah sebagai "trade mark" bahawa Ramadhan akan tiba.Umat Islam mula terasa akan adanya aura Ramadhan.Maka, amalan berpuasa sunat di Bulan Rejab diimarahkan sesama kita.Semoga amalan itu akan diterima Allah swt.

Sama-sama kita merenung diri,memperbanyakkan amalan sebagai bekalan kita di akhirat sana.

Wallahualam

 Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com
MUZAFAR 019 9598199 


Tuesday, 26 March 2013

Seruan Mengerjakan Haji

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim


Firman Allah SWT:
22:27

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” 
 (Surah al-Hajj 22:27)


Jika anda berminat untuk mencarum TAKAFUL HAJI bersama kami boleh hubungi pihak kami dan dapatkan quotation anda! elfateh.inspiration@gmail.com
MUZAFAR 019 9598199
 

Monday, 25 March 2013

Sedekah Yang Berterusan

Assalamualaikum wbt 
Bismillahirahmanirahim


Alangkah bagusnya kalau semua generasi muda ada kesedaran untuk mencarum takaful haji sebab mereka berpeluang untuk menunaikan umrah/haji di usia muda dan mendapat pulangan dan perlindungan (ziarah protection).

Bukan sekadar menyimpan secara disiplin tetapi mengamalkan sistem tabarru' (bersedekah).

Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya: Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: SEDEKAH YANG BERTERUSAN, ilmu yang memberikan manfaat dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya. (Riwayat Muslim).

Tabarru' (bersedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem takaful dimana setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas menyumbang bagi membantu sesama peserta jika mereka menghadapi musibah.

Ayuh!! bagi yang ingin melakukan amalan SEDEKAH ini di samping PERLINDUNGAN yang anda perlukan....:-).

Wednesday, 20 February 2013

Tuesday, 12 February 2013

Memberi Maklumat Yang Tepat

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahim
Hari ini ada yang bertanya mengenai tuntutan takaful atas kematian arwah suami sahabatnya yang telah meninggal pada tahun 2010 akibat tirod.Isteri arwah masih ada enam anak-anak yang masih di bawah tanggunggannya. Si isteri tadi hanya bekerja kampung sahaja.

Hajat isteri tadi ingin menuntut takaful atas kematian arwah suaminya,Tetapi pihak takaful yang berkenaan menolak atas alasan maklumat penyakit yang dihidapi tidak didedahkan di dalam maklumat profail takaful ketika caruman awal, laporan perubatan dan siasatan.

Oleh yang demikian, pihak isteri tadi tidak memperoleh apa-apa tuntutan kematian atas kematian suaminya disebabkan ketiadaan maklumat tadi.

Diharap sesiapa sahaja yang mencarum takaful akan memberi maklumat yang tepat, selari bagi memudahkan urusan membuat tuntutan takaful.

Selamat mencarum.Menabunglah dari awal untuk kepentingan waris-waris kita.
Semoga segalanya dipermudahkan.

Jom mencarum TAKAFUL sebagai pelaburan anda.
Hubungi saya di email elfateh.inspiration@gmail.com untuk "quotation" anda.
:-)